Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Keadaan banjir di Sabah makin buruk

today9 March 2025

Background


Banjir Sabah 14FEB
Tenom menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di Sabah dengan lapan PPS dibuka, menempatkan 741 orang daripada 276 keluarga. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.

Di Sabah, jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS meningkat kepada 3,579 orang daripada 1,203 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 2,785 orang daripada 907 keluarga, petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan Tenom daerah terbaharu dilanda banjir dengan lapan PPS dibuka, menempatkan 741 orang daripada 276 keluarga.

Sebuah pusat pemindahan kekal dan tiga PPS beroperasi di Beaufort menempatkan 1,202 orang daripada 391 keluarga dan dua PPS di Membakut menempatkan 737 orang daripada 245 keluarga.

Sementara itu, 763 orang daripada 241 keluarga berlindung di dua PPS di Sook dan dua PPS di Keningau menempatkan 136 orang daripada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post