Jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di seluruh negara meningkat kepada 48,989 orang setakat pagi ini.

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di beberapa negeri semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara meningkat kepada 48,989 orang setakat pagi ini.
Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 44,860 orang diikuti Pahang (2,978), Negeri Sembilan (587), Melaka (493) dan Selangor (71).
Di Johor, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan seramai 13,029 keluarga telah ditempatkan di 260 PPS di 10 daerah yang terjejas.
Batu Pahat dilaporkan antara daerah paling ramai penduduk teruk terjejas banjir dengan 14,030 orang daripada 4,084 keluarga terjejas, diikuti Segamat dengan 13,334 orang (3,897 keluarga) dan…