Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Keadaan Jantung Bob Lokman Makin Kritikal – “Tinggal 10 Peratus… Selagi Bateri Ini Tidak Mati, Selagi Itu Saya Bernafas”

today30 June 2022

Background

Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman mengakui keadaan jantungnya kini berada ditahap yang kritikal dan hanya mengharapkan pada penggunaan jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).

Menurut Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 58, tahap penggunaan jantungnya kini hanya tinggal 10 peratus sahaja.

“Saya kini berada di rumah dan tidak berapa sihat. Keadaan jantung saya juga kini tinggal 10 peratus sahaja lagi.

“Selagi bateri ini tidak mati, selagi itu saya bernafas. Apabila sudah sampai ajal, habislah. Tunggu waktu sampai sahajalah.

“Selagi sempat, selagi itulah kita mencari kesempatan untuk menjadi lebih baik,” katanya.

Memetik laporan Utusan, Bob bukan sahaja perlu bergantung kepada ubat-ubatan malah,  perlu menjalani rawatan susulan setiap tiga bulan bagi memantau tahap kesihatan dirinya.

“Rawatan susulan adalah setiap tiga bulan sekali. Jantung ini perlu bateri… setiap hari kena cas, tapi bila setiap hari cas, makin lama, makin kurang juga.

“Jadi kita boleh jangka apa…badan pula gemuk, banyak yang tidak sihat, jantung tak kuat… tapi perlu banyak menggunakan jantung,” jelasnya.

Justeru itu, pelakon yang terkenal menerusi siri sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini hanya mampu bersyukur dengan jangka umur yang panjang.

“Tidur pakai jantung, makan dan buang air pun pakai jantung. Jadi, semakin teruk jantung itu. Tidak boleh nak jangka apa, cuma bersyukur sahaja. Selagi ada umur, saya bersyukur sahaja,” katanya.

 

Sumber: Utusan

Written by: Aqilah


Previous post