
PETALING JAYA: Mahkamah tidak seharusnya mengetepikan sebarang permohonan untuk mengemukakan bukti baharu, terutamanya dalam kes besar yang melibatkan isu rumit dan potensi kewujudan konflik kepentingan, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.
“Sekali pun Umno bersetuju dan menghormati maksim undang-undang bahawa keadilan ditangguhkan adalah keadilan dinafikan, Umno turut memandang berat penegasan maksim yang menyatakan bahawa keadilan tidak akan dapat dicapai jika dilaksanakan secara terburu-buru,” katanya dalam kenyataan.
Mohamad, lebih dikenali sebagai Tok Mat, berkata beliau kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk memasukkan bukti tambahan dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Mohd Nazlan…