
TEMERLOH: Orang bukan Islam kini boleh menjadi ahli PAS, selepas usul yang meminda perlembagaan parti berkaitan lulus di muktamar tahunan parti itu malam tadi.
Usul yang dibentangkan Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan dipersetujui para perwakilan dengan undian secara sebulat suara.
Bagaimanapun, usul sama menyatakan seseorang yang tiada agama tidak layak menjadi ahli bersekutu PAS.
“Seseorang nak jadi ahli bersekutu PAS mesti beragama. Sama ada Hindu, Kristian, Buddha, dan mesti jadi ahli agama apa saja yang ada dalam dunia ini,” katanya dalam huraian kepada perwakilan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-70.
Berdasarkan 1,325 perwakilan di muktamar kali ini, usul untuk diluluskan perlu disokong oleh sekurang-sekurangnya 883 ahli.
Sebelum pindaan ini, hanya orang beragama Islam boleh menjadi ahli PAS, dengan suatu sayap khas…