Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Kebahagiaan Itu Simple, Bersyukurlah Dengan Apa Yang Kita Miliki” – Bella Astillah

today22 November 2024

Background

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa syukur dengan apa yang dimilikinya kini sekaligus menganggap bahawa definisi kebahagiaan itu sangat ‘simple’.

Menerusi hantaran di Instagram, Bella atau nama penuhnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, menitipkan pesan agar setiap individu itu tidak merasa dengki dengan kejayaan yang diraih orang lain termasuklah tidak menyusahkan kerja mereka.

“Kebahagiaan itu simple. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki saat ini dan jangan sesekali dengki terhadap kejayaan orang lain atau dengan sengaja menyusahkan orang lain,” katanya.

 

Dalam pada itu, Bella juga menyeru agar orang ramai di luar sana menjadi versi yang terbaik dan sentiasa ingin mempermudahkan urusan orang lain.

“Jadilah orang yang baik hati yang sentiasa ingin mempermudahkan urusan orang lain inshaAllah,” jelasnya.

Bella berkongsi mengenai perkara itu menerusi posting terkininya di platform sama beserta foto bersama rakan baiknya yang juga aktres, Puteri Sarah Liyana.

 

Written by: Salma


Previous post