Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kebakaran paip gas: Petronas tubuh pasukan petugas bebas

today18 April 2025

Background


penduduk kebakaran saluran gas Putra Height di Kampung Kuala Sungai Baru
Petronas Gas berkata ia menyumbang lebih RM1.2 juta bantuan kewangan kepada mangsa yang kehilangan keseluruhan dan sebahagian hartanah masing-masing dalam kejadian itu.
KUALA LUMPUR:

Petronas Gas Bhd (PGB) sudah menubuhkan pasukan petugas bebas bagi insiden saluran paip di Putra Heights yang diketuai oleh pengarah bebas bukan eksekutifnya, untuk memastikan standard keselamatan dan integriti tertinggi dalam operasinya.

Dalam satu kenyataan hari ini, PGB berkata pasukan petugas itu akan menyediakan pandangan strategik terhadap proses siasatan selepas insiden, kerja-kerja pemulihan dan pengubahsuaian, keselamatan infrastruktur pengangkutan gas dan perkara lain berkaitan dengan insiden tersebut.

Pasukan petugas itu juga akan menyokong lembaga pengarah dalam menyediakan garis panduan bagi memastikan ketelusan dan kebebasan sepanjang proses tersebut.

“PGB mengiktiraf sepenuhnya peranan kritikal infrastruktur saluran paip gas dalam mengangkut gas asli ke sektor penjanaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Norza letak harapan tinggi kepada barisan kepimpinan baharu

Kuala Lumpur: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria meletakkan harapan tinggi kepada barisan kepimpinan baharu yang bakal diketahui esok, agar tampil sebagai satu pasukan yang bersatu dan memahami tanggungjawab Olimpik, bukan sekadar individu yang mengharapkan ganjaran.

today18 April 2025