Hot FM

Kebakaran paya gambut di Pengerang merebak


Keadaan paya gambut di Jalan Bypass Punggai-Sebana Cove, Pengerang, Kota Tinggi yang terbakar hari ini. (Gambar JBPM Johor)
PETALING JAYA:

Kebakaran kira-kira 29 hektar paya gambut di Jalan Bypass Punggai-Sebana Cove, Pengerang, Kota Tinggi petang tadi merebak ke kawasan seluas 54.1 hektar setakat 9 malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor memaklumkan operasi pemadaman dibahagikan kepada dua sektor.

“Di Sektor A, anggota melaksanakan kerja pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan pam angkut, menggunakan sumber air terbuka.

“Di Sektor B, operasi turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai serta BBP Penawar menggunakan satu aliran sepanjang 400 kaki dan dua pancutan daripada pam water tanker,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Jelasnya, operasi pemadaman giat dijalankan sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Lima belas anggota menyertai operasi malam ini yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version