
KUALA LUMPUR: Kebarangkalian untuk berlaku letupan susulan akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor adalah sangat rendah.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Nor Hisham Mohammad, berkata ia disebabkan tiada aliran gas dikenal pasti petang tadi selepas penutupan empat injap utama di Kampung Lombong Puchong, Batu Tiga, Shah Alam dan Klang pagi tadi.
Perkembangan itu memudahkan pasukan penyiasat bomba untuk masuk bagi mengenal pasti punca kejadian.
“Penduduk boleh masuk ke kediaman mereka dengan pemantauan pihak berkuasa untuk mengambil barang atau haiwan peliharaan, ketika ini tiada bekalan elektrik di sekitar di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Selain itu, Hisham berkata secara keseluruhan 237 rumah terjejas setakat ini dan jumlah mangsa yang terlibat adalah seramai 305 orang dengan kebanyakannya cedera akibat melecur serta…