Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kebakaran saluran gas: Lapor salah laku kepada polis, seru MB

today1 April 2025

Background


Smoke rising
Polis beritahu pemberita ia terima maklumat tentang dakwaan berlakunya kerja korek tanah sehingga menyebabkan kebakaran. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menteri besar Selangor gesa sesiapa yang mempunyai bukti dan maklumat berkenaan apa jua salah laku berkaitan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights agar membuat laporan polis.

Amirudin Shari berkata pihak berkuasa akan menjalankan siasatan terperinci berhubung punca sebenar yang menyebabkan kebocoran saluran gas serta letusan, “yang telah mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk dengan skala sebegitu besar.”

Terdahulu, polis memberitahu pemberita bahawa ia terima maklumat tentang dakwaan berlakunya kerja korek tanah sehingga menyebabkan kebakaran.

“Kita akan siasat semua itu dan jika benar ada berlaku, kita nak tahu siapa yang melakukan kerja-kerja mengorek itu,” kata Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, lapor Bernama.

Beliau memaklumkan bomba dan Petronas akan melakukan pemeriksaan di kawasan-kawasan tertentu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post