
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menyediakan perkhidmatan penggantian dokumen pengenalan diri secara percuma kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.
JPN memaklumkan mangsa yang kehilangan kad pengenalan, sijil kelahiran, atau dokumen lain yang dikeluarkan oleh jabatan itu boleh mendapatkan dokumen gantian tanpa sebarang bayaran.
Selain itu, JPN memaklumkan Mekar (Program Menyemai Kasih Rakyat) akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara Masjid Putra Heights, esok dari 9 pagi hingga 5 petang.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengarahkan jabatan itu menggerakkan perkhidmatan Bas Mekar ke lokasi bagi meringankan beban mangsa yang menghadapi kesukaran untuk ke pejabat JPN pada masa ini.
“Inisiatif ini turut bertujuan untuk memastikan mangsa kebakaran memperoleh dokumen penting mereka…