
PETALING JAYA: Kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung, di Nibong Tebal, Pulau Pinang sejak 12 Januari lalu berjaya dipadamkan sepenuhnya semalam.
Kejayaan itu dikongsikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican Naina Merican dalam catatan Facebooknya.
“Alhamdulillah misi memadam kebakaran di tapak pelupusan Pulau Burung telah berjaya disempurnakan sepenuhnya.
“Terima kasih saya ucapkan kepada pasukan #WiraMerah Pulau Pinang serta pelbagai agensi persekutuan dan negeri dalam proses pemadaman kebakaran. Kerjasama bersepadu dapat mengakhiri misi ini dengan jayanya,” katanya.
Dalam kejadian 12 Januari lalu, tapak pelupusan sampah berkenaan dilaporkan terbakar seluas 11.3ha hingga menyebabkan kualiti udara di situ terjejas…