Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kebakaran Uptown Damansara, puluhan gerai musnah

today20 November 2023

Background


Kebakaran besar memusnahkan puluhan gerai Uptown Damansara dengan punca masih disiasat, kata Penolong Pengarah Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar.

PETALING JAYA: Puluhan lot kedai di Uptown Kota Damansara, di sini musnah dalam kebakaran pada 8.30 malam tadi.

Penolong Pengarah Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.34 malam.

β€œSusulan itu, tiga jentera dari Balai Bomba Sungai Buloh, Kota Anggerik, Damansara, dan Petaling dikejarkan ke lokasi.

β€œKerja-kerja pemadaman dilakukan sejurus tiba di lokasi, api berjaya dikawal pada 9.06 malam,” katanya, menurut laporan Berita Harian.

Menurutnya, siasatan sedang menjalankan berhubung jumlah gerai yang terjejas akibat kebakaran berkenaan.

β€œKetika kejadian semua gerai berkenaan sedang beroperasi. Jumlah kerugian serta punca kebakaran kini dalam siasatan,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post