Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi pengalamannya ketika sedang menjalani latihan memandu.
Gadis itu memberitahu dia dikacau oleh guru latihan memandunya iaitu guru lelaki yang memegang tangannya ketika sedang memandu.
Dia menjelaskan ketika dia mahu menukar gear, tangannya telah dipegang oleh guru tersebut kerana dia tersalah masuk gear. Perkara itu membuatkan dia merasa terkejut dengan tindakan guru berkenaan.
Malah, bukan itu saja tangannya juga dipegang ketika sedang memegang stereng kenderaan itu. Apa yang lebih mengejutkan adalah guru lelaki itu siap memberitahu dia mahu memperisterikan gadis itu.
Disebabkan kejadian itu, gadis tersebut meluahkan agar pusat latihan memandu mengasingkan antara pelajar lelaki agar bersama guru lelaki dan pelajar perempuan bersama guru wanita.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah: