Hot FM

‘Kebas’ elaun Covid-19 petugas barisan hadapan, timbalan pengarah hospital didakwa



Norhisham Hassan, 44, mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menipu petugas kesihatan berhubung pemberian elaun Covid-19 di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kangar hari ini atas 10 pertuduhan menipu petugas kesihatan berhubung wang bantuan elaun Covid-19, tiga tahun lalu.

Menurut Berita Harian, tertuduh, Norhisham Hassan, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memperdaya 10 kakitangan HTF untuk mempercayai bahawa mereka sudah menerima bantuan ‘one-off’ elaun Covid-19 Kerajaan Negeri Perlis bagi 2020.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu kepada petugas barisan hadapan HTF dan secara curang memperdaya mereka untuk menandatangani dokumen rekod mengesahkan penerimaan wang bantuan sebanyak RM400…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version