
KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya mendapat pengiktirafan untuk satu lagi elemen warisan kebudayaan tidak ketara, iaitu kebaya bersama Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) dalam kenyataan semalam memaklumkan perkara itu diumumkan pada sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara (IGC ICH) yang sedang berlangsung di Asuncion, Paraguay dari 2 hingga 7 Dis.
Menurutnya, pencalonan “Kebaya: Knowledge, Skills, Traditions and Practices” di bawah kategori “Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity” adalah secara bersama Malaysia dengan empat negara itu.
“Penyenaraian yang cukup berprestij itu telah diputuskan oleh IGC ICH yang dianggotai 24 negara di…