
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kebebasan mahasiswa perlu diberikan sepenuhnya tanpa sebarang kekangan yang boleh menghalang kegiatan serta suara mereka di institusi pengajian tinggi (IPT).
Anwar berkata pihak pengurusan universiti dan kementerian berkaitan perlu menerima hakikat bahawa kebebasan mahasiswa harus diberikan sepenuhnya bagi memupuk budaya keilmuan yang lebih dinamik.
“Sama ada kita setuju atau tidak, itu soal lain… kita boleh berbahas dan menuntut anak-anak mahasiswa mempertahankan hujah mereka.
“Tapi mesti menjadikan belia universiti ini sebagai medan untuk pemikiran kritis dan pemikiran segar,” kata beliau ketika berucap pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI bertemakan ‘Pendidikan Masa Depan Negara dan Akta Universiti dan Kolej Universiti’ (Auku) di Universiti Malaya, malam…