Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kebocoran gas: 10 pekerja kilang digegas ke hospital

today16 February 2024

Background


Pasukan Hazmat sedang melakukan kerja menutup injap tangki penyimpanan gas di sebuah kilang di Shah Alam. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Seramai 10 pekerja digegaskan ke hospital selepas berlaku kebocoran gas di sebuah kilang, dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Seksyen 7, Shah Alam.

Menurut bomba, siasatan mendapati kejadian membabitkan kebocoran daripada injap tangki penyimpanan gas ammonia.

“Maklumat terkini mangsa yang terbabit seramai 10 orang, iaitu lapan pekerja wanita dan dua pekerja lelaki termasuk seorang pekerja kilang bersebelahan.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam bagi rawatan selanjutnya. Kerja-kerja bagi menutup injap bocor sedang dilakukan oleh pasukan Hazmat,” kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, menurut Berita Harian.

Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.15 pagi tadi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, dilapor berkata keadaan semua pekerja terbabit…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post