Site icon Hot FM

Kebocoran kimia dikesan di kilang Pasir Gudang


Bomba berkata hasil pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran bahan kimia pada injap saluran bahan kimia di kilang itu. (Gambar Facebook JBPM)

JOHOR BAHRU: Sebuah kilang dikesan mengalami kebocoran bahan kimia jenis “Styrene Monomer” di Jalan Pekeliling, Pasir Gudang, petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Pasir Gudang Sarhan Akmal Mohamad, berkata enam anggota dari Balai Bomba Pasir Gudang dan lapan anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Balai Bomba Larkin dikejarkan ke kilang itu selepas menerima laporan.

Beliau berkata, pada mulanya Balai Bomba Pasir Gudang menerima maklumat berhubung pencemaran bau di kawasan tersebut pada jam 5.21 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran bahan kimia pada injap saluran bahan kimia di kilang itu,” katanya, dalam kenyataan.

Beliau berkata kilang terbabit yang mempunyai Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) memerlukan bantuan Hazmat untuk menutup injap saluran tersebut dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version