
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa kecederaan dialami remaja sindrom Down yang dikenali sebagai Bella bukan disebabkan kemalangan atau perbuatannya sendiri, sebaliknya disyaki didera.
Rohaini Baharom daripada Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata, ini berdasarkan rakaman percakapan dua doktor Hospital Kuala Lumpur yang merawat Bella, iaitu Dr Nizam Malik Bali Mohamed serta Dr Sheshadri Sridar.
“Daripada siasatan saya, pakar pediatrik Dr Nizam dalam keterangannya memberitahu semasa beliau membuat pemeriksaan terhadap Bella, ada kesan kecederaan parut baharu dan lama di bahagian tubuh badan mangsa dan berpendapat kecederaan itu bukan disebabkan kemalangan, tetapi…