Menerusi video yang dikongsi oleh @aindzaya, kelihatan wanita itu cuba membuat sensory activity bersama anaknya dengan memberikan dua ketul ais di dalam mangkuk.
Tujuan aktiviti itu dilakukan adalah untuk melihat reaksi atau respon anak apabila pertama kali memegang benda sejuk.
Namun, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila si kecil itu memegang ais batu di depannya, dia mula menangis kerana mungkin tidak tahan dengan kesejukan ais tersebut.
Tidak lama kemudian, dia cuba untuk memegang ais lagi sekali dan menangis semula. “Tak suka sejuk, tapi nak pegang lagi,” kata ibunya.