Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @ainasyzwna14, kelihatan dia dan keluarganya ingin keluar untuk membeli barang rumah.
Tetapi, berlaku pula satu tragedi apabila kehadiran seekor anjing di tempat letak kereta flat tersebut seolah-olah ingin bermain kejar-kejar dengan mereka sehingga keadaan menjadi kecoh seketika.
Ternyata, jeritan gadis itu yang ketakutan telah membuatkan jiran-jirannya turut menyaksikan tragedi tersebut.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila anjing itu bertindak meluru masuk ke dalam kereta gadis berkenaan dan siap membunyikan hon dengan lama.