Site icon Hot FM

Kecuali syarikat mikro secara kekal daripada dasar gaji minimum, gesa MEF


Persekutuan Majikan Malaysia berkata, kerajaan patut mencontohi Korea Selatan yang mengecualikan syarikat dengan 10 pekerja atau kurang daripada dasar gaji minimumnya.

Perusahaan kecil dengan lima pekerja atau kurang perlu mematuhi dasar gaji minimum mulai 1 Julai ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengarah eksekutif kumpulan majikan terbesar dalam negara meminta Putrajaya mempertimbangkan perusahaan mikro dikecualikan secara kekal daripada mematuhi dasar gaji minimum RM1,500.

Menjelang tarikh akhir 1 Julai ini, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, jumlah aliran tunai dan modal tetap menjadi cabaran utama bagi perniagaan kecil.

Beliau berkata, perusahaan mikro penting kepada ekonomi Malaysia, justeru kerajaan digesa mempertimbangkan isu itu daripada sudut pandangan mereka, bukannya melalui kaca mata syarikat berkaitan kerajaan dan perusahaan besar.

“Masalah utama ialah kos sara hidup tinggi, iaitu isu melangkau gaji minimum. Sebarang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version