
PETALING JAYA: Seorang ahli akademik berpendapat cadangan mengecualikan universiti awam daripada Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 atau Akta 605 boleh mewujudkan perbincangan lebih berilmiah berbanding tanpa fakta dilontar ‘profesor kangkung’.
Istilah itu dicipta ahli akademik dan falsafah, Syed Hussein Alatas, untuk profesor ‘tidak mempunyai ilmu pengetahuan’ dan mereka yang tidak layak digelar sebagai pemikir serta cendekiawan.
Pengerusi Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) Zaharom Nain berkata pihaknya telah mencadangkannya ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) 1.0 pada 2018 namun mereka difahamkan tidak dipersetujui perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, perkara itu sekali lagi dibangkitkan dengan Menteri Pendidikan…