
KUALA LUMPUR: Kedah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Mukim Karangan dekat Kulim, susulan hujan lebat lebih dua jam sejak 2 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kulim, Amirul Aliff Ahmad berkata PPS Sekolah Menengah Agama (SMA) Madrasah Insaniah Jangkang itu dibuka pada 6 petang, namun jumlah mangsa belum diketahui kerana proses pemindahan mangsa sedang dilakukan.
“Sebanyak 25 rumah di Kampung Padang Limau terjejas selepas hujan lebat sejak 2 petang dan air mula masuk ke dalam rumah mangsa pada 4 petang,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pemantauan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) mendapati Sungai Padang Limau melepasi paras bahaya dan arus air sungai…