PETALING JAYA: Sebuah kedai emas yang terbabit kejadian rompakan oleh empat lelaki bersenjata api di pusat beli-belah di Kajang semalam mengalami kerugian kira-kira RM3.2 juta.
Timbalan Ketua Polis Kajang, Mohd Nasir Drahman, yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya belum membuat sebarang tangkapan buat masa ini dan sedang giat memburu suspek.
“Siasatan kes masih berjalan. Setakat ini tiada tangkapan. Kerugian adalah dianggarkan RM3.2 juta,” katanya menerusi kenyataan ringkas menurut Berita Harian.
Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini tujuh saksi termasuk pekerja kedai emas sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
“Kita dalam tindakan untuk merakam keterangan beberapa lagi saksi,” katanya.
Semalam, media melaporkan empat lelaki bersenjata api dan berpakaian seperti pengawal keselamatan, merompak sebuah kedai…