Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kedai gunting rambut, pembuat barang kemas masih kurang pekerja

today20 January 2024

Background


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi R Ramanan, berkata terdapat 5,000 daripada kuota diumum sebelum ini belum dipenuhi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kedai gunting rambut dan pembuat barang kemas antara sektor mengalami kekurangan pekerja, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi R Ramanan.

Bagaimanapun, beliau berkata Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) tidak akan membuat sebarang pengumuman bagi pihak Kementerian Sumber Manusia, sebaliknya akan meminta penerangan daripada Menteri Sumber Manusia Steven Sim mengenai isu itu.

“Sudah tentu, saya telah melalui pegawai kami menghubungi pegawai sedia ada di Kementerian Sumber Manusia dan mereka telah memaklumkan masih ada 5,000 daripada kuota yang diumumkan masih belum dipenuhi, masih lagi kosong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Festival Ponggal dan Pelancaran Program Keusahawanan Wanita (WES) anjuran Persatuan Dewan Perniagaan dan Industri India…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post