
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Joehari Mohd Ayub menyifatkan kehadiran semula kelab tersohor Liga Perdana Inggeris, Manchester United, ke Malaysia selepas 16 tahun sebagai detik bermakna buat bola sepak negara.
Menurutnya, perlawanan tersebut bukan sahaja menjanjikan aksi bertaraf dunia, malah menjadi lambang kemajuan dan perkembangan budaya bola sepak di rantau ini.
Aksi persahabatan yang diberi nama Maybank Challenge Cup itu bakal menyaksikan Manchester United menentang skuad ASEAN All-Stars bimbingan ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Kim Sang Sik, di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini.
“Perlawanan ini istimewa buat Malaysia kerana ia eksklusif untuk negara dalam kalangan negara ASEAN. Menjadi tuan rumah kepada kelab sebesar Manchester United adalah satu penghormatan…