
Kedudukan kerusi empat Adun DAP Melaka berubah ke blok pembangkang pada hari terakhir sidang DUN, hari ini.
Semua Adun itu kini ditempatkan bersama wakil rakyat Perikatan Nasional dan bebas selepas mereka mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) semalam.
Mereka ialah Allex Seah Shoo Chin (PH-Kesidang), Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana), Leng Chau Yen (PH-Banda Hilir) dan Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh).
Bagaimanapun, kedudukan wakil tunggal Amanah yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari (PH-Bukit Katil) pula kekal bersama blok kerajaan, dan dijarakkan daripada empat Adun berkenaan.
Speaker DUN Melaka, Ibrahim Durum, dalam ucapannya berharap semua Adun dapat mengambil bahagian dalam persidangan hari ini dengan penuh disiplin,…