Hot FM

Kedudukan lebih baik CPI bukti kerajaan tegas perangi rasuah, kata PM


ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan pimpinannya tidak berkompromi apabila integriti institusi strategik dipersoalkan.
KUALA LUMPUR:

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, usaha kerajaan Madani perangi rasuah yang sistemik serta membetulkan kelemahan struktur tadbir urus negara terbukti dengan peningkatan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Beliau berkata, kedudukan Malaysia yang melonjak ke tangga 54 dalam CPI dunia antara lain didorong oleh tindakan penguatkuasaan tegas pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam.

“Ini termasuk kejayaan memulihkan lebih RM15.5 bilion hasil negara melalui rampasan aset, dana dan pembanterasan sindiket rasuah serta ketirisan yang telah lama menjejaskan kewangan awam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sambil menzahirkan rasa syukur atas peningkatan CPI itu, Anwar berkata, kerajaan Madani juga tidak berkompromi apabila…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version