Berakhirnya tujuh perlawanan UEFA Champions League (UCL) 2025/26 menyaksikan Arsenal unggul di tangga teratas dengan rekod 100 peratus kemenangan dilakarkan.
Skuad kendalian Mikel Arteta itu dilihat cukup ampuh dalam memimpin 35 lagi pasukan yang turut bersaing bagi melakar kejuaraan paling berprestij di Eropah itu.
Ini merupakan musim kedua saingan UCL diadakan dengan format baharu dimana Paris Saint-Germain (PSG) muncul juara pada edisi lalu.
