Hot FM

Kegagalan syarikat penuhi kontrak punca ambulans lewat diperoleh


ambulans
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata, KKM patut terima 590 ambulans menjelang penghujung 2024, namun syarikat pembekalnya hanya memberikan 115 unit.
KUALA LUMPUR:

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menyalahkan syarikat yang dilantik membekalkan ambulans atas kelewatan perolehan 989 kenderaan itu, sambil menyatakan syarikat itu gagal menyediakan jumlah seperti yang ditetapkan dalam kontrak.

Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sepatutnya menerima 590 ambulans menjelang akhir 2024 selepas kontrak dianugerahkan kepada pembekal terbabit pada 2022.

Bagaimanapun, syarikat itu hanya membekalkan 115 unit sepanjang tempoh kontrak yang berakhir pada November 2024.

“Ini mendorong keputusan kementerian untuk tidak menyambung kontrak itu. Jika tidak, kita seolah-olah beri ganjaran kepada kegagalan demi kegagalan,” katanya di Dewan Rakyat ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 kementerian itu pada peringkat jawatankuasa.

“Tetapi jangan tanya saya siapa kontraktor itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version