Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kegiatan edar ‘jus dadah’ tumpas, 1 lelaki ditahan

today12 April 2024

Background


Antara jus minuman disyaki bercampur dadah yang dirampas polis susulan penahanan seorang lelaki di Kuantan, tengah malam tadi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran jus minuman disyaki bercampur dadah di sekitar Kuantan selepas menahan seorang lelaki, tengah malam tadi.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata, penahanan terhadap suspek berusia 42 tahun itu dilakukan hasil serbuan polis ke atas dua lokasi berasingan kira-kira 12.10 tengah malam tadi.

Katanya, suspek disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di pusat hiburan sekitar daerah berkenaan.

“Susulan penahanan suspek warga tempatan itu, pihak polis berjaya menemui dan merampas 50 cawan jus minuman berisi bahan campuran disyaki dadah berbahaya dengan anggaran berat lebih 5.2 kilogram.

“Turut dirampas 75 kotak jus minuman pelbagai perisa juga disyaki berisi campuran dadah berjumlah 17,900 mililiter dianggarkan bernilai RM35,300,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post