Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kegiatan proses dadah dalam hutan tumpas

today2 January 2025

Background


handcuff
Seorang suspek ditahan dalam serbuan polis ke atas kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan.

GEORGE TOWN: Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir susulan tertangkapnya seorang lelaki tempatan, petang semalam.

Ketua Polis Timur Laut, Abdul Rozak Muhammad, berkata suspek berusia 47 tahun itu ditahan di dalam sebuah tandas dalam hutan tersebut oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Pulau Pinang, yang melakukan serbuan kira-kira 5 petang hasil maklumat dan risikan.

Polis rampas sejumlah dadah jenis heroin serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah bernilai RM51,370.

“Dadah tersebut ditemui di dalam sebuah kotak kertas berwarna coklat bertulis ‘Luzhou Laojiao Touqu’ anggaran berat 5,351 gram bernilai RM51,370,” katanya dalam kenyataan.

Rozak berkata sebuah motosikal turut disita menjadikan keseluruhan rampasan bernilai RM54,870.

Sindiket itu dipercayai aktif sejak awal…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post