Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kehadiran Bella ke mahkamah hari ini membuatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Abd Razali tidak dapat menahan perasaannya sehingga menangis teresak-esak ketika melihat kelibat Bella bersama-sama dengan lima anak-anak lain dibawa masuk ke dalam mahkamah bagi sesi pengecaman.
Menurut laporan Utusan Malaysia, sesi pengecaman yang dijalankan di sebalik skrin penghadang bagi melindungi identiti kesemua kanak-kanak yang hadir ke mahkamah itu dilakukan oleh tiga saksi pendakwaan iaitu Suhana Zam, 40; Zurianty Sudin, 39; dan Yasmin Nahar Mahmood, 19.
Harian Metro pula menyebut ketika sesi tersebut, kelihatan Bainun melambai-lambai ke arah kenak-kanak tersebut yang dahulunya pernah berada di bawah jagaan beliau.
Sebelum ini, peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun memohon supaya anak guamnya bersemuka dengan enam individu terbabit untuk melihat reaksi mereka. Beliau juga meminta…