Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik, kata Anwar

today27 September 2023

Background


Anwar Ibrahim berkata menghayati ibrah perjuangan Nabi Muhammad dalam memimpin dan menyatukan pelbagai kaum akan membangkitkan rasa keinsafan untuk bersama membangunkan negara ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Beliau dalam perutusan Maulidur Rasul 1445H yang dikongsi di Facebook malam ini, berkata perjuangan Nabi Muhammad dalam menyampaikan dakwah dan membimbing umat perlu dijadikan teladan agar terus tekal, walaupun diasak musuh setiap masa dari segenap penjuru.

“Menghayati ibrah perjuangan Nabi Muhammad dalam memimpin dan menyatukan pelbagai kaum tentunya akan membangkitkan rasa keinsafan untuk sama-sama membangunkan negara tercinta ini sebagai negara yang adil, aman dan sejahtera, lantas beroleh barakah daripada Allah.

“Moga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan berterusan buat Baginda…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post