Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sekurang-kurangnya 13 orang ditembak, dan enam daripada mereka maut selepas kejadian tembakan beramai-ramai di South Street di Philadelphia. Menurut 6abc, kejadian itu bermula tengah malam di persimpangan Third Street, lapor CNA.
Polis berkata panggilan kecemasan mula datang ketika seseorang dengan pistol mula menghampiri orang ramai. Ketika sampai di tempat kejadian, pegawai polis melihat seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai, kata polis. Pegawai polis terbabit turut melepaskan tembakan sebanyak tiga kali.

Sehingga laporan ini ditulis, tiada tangkapan yang dibuat, identiti mangsa masih belum diketahui dan polis menemui pistol di tempat kejadian.
Tujuh daripada mangsa telah dibawa ke Hospital Universiti Thomas Jefferson, di mana seorang disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan. Tiga lagi mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Presbyterian Penn. Seorang daripada…