
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mesti diberi ‘wajah’ dan ‘isi’ baharu untuk menarik undi golongan muda “atas pagar” daripada Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN), kata pakar strategi DAP, Liew Chin Tong.
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP itu berkata, partinya mesti memastikan ia menjadi parti kebangsaan untuk semua rakyat dengan mengutamakan pendekatan “Malaysia First”.
“Kita perlu mengelak sebarang desakan untuk menjadi parti parokial (berfikiran sempit),” katanya.
Bagi Pakatan Harapan pula, beliau menggesa gabungan itu menjadi satu khemah besar yang dapat menyatukan semua pihak yang menentang politik lama Umno, BN dan PN.
“PH yang diperbaharui mesti menjadi pilihan untuk semua pengundi muda dan atas pagar,” katanya selepas majlis penghargaan untuk tenaga…