
Penganalisis berkata, masalah Pakatan Harapan (PH) bukan kerana tiada pencapaian ketika mentadbir, sebaliknya akibat gagal menterjemahkan pencapaian itu menjadi naratif politik meyakinkan.
Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, PH bergelut untuk menunjukkan kepada pengundi skeptikal, khasnya orang Melayu, bagaimana dasarnya memanfaatkan mereka.
“Mereka mempunyai banyak perkara untuk ditonjolkan, tetapi malangnya naratif ia baik untuk semua rakyat Malaysia tidak begitu berkesan bagi masyarakat Melayu,” katanya kepada FMT.
Menurutnya, keadaan bertambah rumit kerana Barisan Nasional (BN), rakan PH dalam kerajaan perpaduan, menyampaikan mesej berbeza.
“Apabila PH bercakap tentang reformasi, BN‑Umno terus bercakap mengenai isu kaum atau…