
PETALING JAYA: Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok perlu merangkumi dasar pengurangan kemudaratan bagi memastikan kejayaan pelaksanaannya, kata pakar kesihatan.
Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia, Dr Steven Chow berkata, kerajaan tidak sepatutnya melaksanakan RUU Generasi Penamat (GEG) secara tergesa-gesa.
“Kita perlu mengambil masa dan menggunakan sumber kita dengan baik.
“Melaksanakan GEG secara tergesa-gesa dan mengecualikan pengurangan kemudaratan daripada dasar akan menyebabkan kita terlepas peluang kerana kita mungkin kehilangan impak bermakna ketara terhadap epidemik tembakau.”
Chow berkata, Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) yang ditugaskan untuk merangka RUU itu mesti merujuk laporan saintifik mengenai pengurangan kemudaratan tembakau bagi memastikan rangka kerja…