
Bendahari Umno Sabah Salleh Said Keruak berkata kejayaan parti itu pada pilihan raya bergantung kepada strategi tepat serta rakan kerjasama yang sesuai.
Salleh berkata memandangkan Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya ‘first-past-the-post’, kerjasama dengan parti lain bukan lagi pilihan, sebaliknya satu realiti politik.
“Umno perlu bekerjasama dengan rakan yang mempunyai matlamat sama bagi mengelakkan perpecahan undi dan meningkatkan peluang kemenangan,” katanya di Facebook sempena ulang tahun ke-80 Umno pada 11 Mei.
Dalam konteks Sabah, beliau berkata, kerjasama Umno dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah pilihan jelas dan strategik.
Katanya, Umno dan GRS kini dilihat sehaluan dalam isu berkaitan kepentingan negeri.
Bekas ketua menteri Sabah itu turut berkata penilaian pengundi kini lebih kritikal…