Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pemain sayap Kedah Darul Aman FC, Fayadh Zulkifli, sudah mahu melupakan kekalahan 1-4 kepada Selangor FC, Ahad lalu, sambil menganggap apa yang berlaku sebagai satu peringatan kepada pasukan bagi hadapi baki saingan Liga Super, musim ini.
Menurut Fayadh, fokus dia dan rakan sepasukan kini terarah kepada persiapan berdepan Penang FC, Ahad ini di Stadium Bandaraya dalam usaha mendapatkan semula rentak kemenangan bagi terus berada dalam kelompok atasan liga.
Walaupun Penang masih belum memenangi sebarang perlawanan setakat ini, pemain berusia 24 tahun itu tidak mahu memperkecilkan kemampuan pasukan jiran mereka itu sambil menyatakan peluang kedua-dua pasukan untuk meraih tiga mata adalah seimbang.
” Kami kalah kepada pasukan yang bermain dengan lebih baik pada minggu lalu dan Selangor ternyata berhak menang dalam perlawanan itu.
” Apa yang terjadi saya rasa ada hikmah kepada…