
PETALING JAYA: DAP menyambut baik keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75%, dan berkata, ia mampu membantu mengurangkan kesan daripada kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku di Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi DAP yang juga bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng berkata, keputusan BNM menawarkan perniagaan dan peminjam bank penangguhan yang amat diperlukan daripada kenaikan kadar faedah.
“Dengan menghentikan kenaikan kadar faedah, kerajaan akan mempunyai peluang untuk menangani pertumbuhan yang lebih perlahan akibat kemelesetan AS,” katanya dalam kenyataan.
Ahli Parlimen Bagan itu juga menegaskan mengekang kos pinjaman akan membantu mengurangkan tekanan kos ke atas peminjam individu dan bank serta meningkatkan perbelanjaan penggunaan yang lebih tinggi.
“Pemberhentian…