

Badan pemikir menggesa Sabah menuntut autonomi berhubung pengambilan kakitangan perubatan serta penempatan mereka, bagi menangani masalah kekurangan doktor, seperti dilakukan Sarawak.
Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial berpandangan, model semasa terlalu lambat dan kaku untuk menangani realiti di Sabah, menegaskan tawaran jawatan tetap tidak lagi memadai lantaran ‘kegagalan struktur’.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Azrul Mohd Khalib, isu di Sabah ialah penempatan yang tidak sesuai dan arahan perpindahan wajib saat akhir.
Turut menjadi isu beban kerja melampau, kurangnya sokongan kebajikan termasuk insentif yang tidak sepadan dengan kos sara hidup, dan kesukaran berkhidmat di lapangan.
“Jika kerajaan serius mahu selesaikan krisis tenaga kesihatan di negeri itu, Sabah perlu diberi kuasa membuat keputusan yang lebih…