

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Nasir menegaskan laporan mengenai stesen minyak yang ‘hampir kehabisan’ bekalan tidak mencerminkan berlakunya kekurangan bahan api di seluruh negara.
Beliau berkata walaupun ada kes stesen tertentu kehabisan minyak, siasatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mendapati gangguan berpunca daripada masalah operasi di stesen individu, bukannya isu bekalan secara menyeluruh.
“Gangguan ini dipengaruhi oleh turun naik harga serta cara syarikat minyak menguruskan pengagihan bekalan,” katanya dalam temu bual bersama Astro Awani.
Akmal menjelaskan walaupun bekalan bahan api negara masih stabil, kos logistik untuk penghantaran telah meningkat dua kali ganda, manakala premium insurans pula melonjak sehingga 16…