PETALING JAYA: Kelab penyokong Najib Razak meyakini sokongan pemimpin Umno kepada bekas perdana menteri itu pada perhimpunan agung parti baru-baru ini.
Presiden Kelab Sahabat Najib, Abdul Rahman Bakar, percaya sokongan itu bukan bermotif politik, sebaliknya demi keadilan.
“Keadilan yang rakyat tuntut, bukan dari kalangan orang politik sahaja tetapi di kampung-kampung juga,” katanya kepada FMT.
“Najib terlalu banyak jasa dan budi. Sebab itu rakyat sayang pada dia. Tidak timbul ada motif politik atau tidak.”
Rahman berkata orang ramai masih membandingkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Ismail Sabri Yaakob, dan Anwar Ibrahim dengan Najib.
“Rakyat masih ‘compare’ apa Najib buat dengan lepas Najib,” katanya.
Mengulas sokongan ditunjukkan beberapa pemimpin Umno kepada Najib, penganalisis politik berpandangan ia juga boleh bermotifkan politik di sebalik keikhlasan yang ditunjukkan,…