Pelakon Nadiya Nisaa dihujani ucapan tahniah selepas memuatnaik sekeping foto menunjukkan kelahiran bayi ketiganya dilaman Instagram hari ini.
Sekeping fotonya yang menunjukkan Nadiya memegang bayi yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya menjadi perhatian ramai.
Rata-rata pengikutnya gembira dan mengucapkan tahniah kepada Nadiya.
Nadiya turut menzahirkan rasa syukur dengan kelahiran bayi yang perempuan yang diberi nama Aminah Rose pada 1 Januari 2019 lalu.
https://www.instagram.com/p/Bs6-d6GgwvG/
Terdahulu, anak kedua dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika berusia sembilan bulan dalam kandungan.
Nadiya yang mendirikan rumah tangga bersama Saiful Razman Kasim turut dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lapan tahun.