Hot FM

Kelakar! Ayam Sesat Bikin Kecoh Dalam Shopping Mall

Jumaat lalu telah berlaku satu kejadian mengejutkan di sebuah shopping mall di Kuala Lumpur.

Siapa yang tidak terkejut kan kalau tiba-tiba ternampak seekor ayam besar sesat di dalam kedai menjual pakaian berjenama.

Gambar hiasan

Insiden lucu itu dikongsikan oleh @Flzhksma di laman Twitter miliknya dan kini menjadi viral.

https://twitter.com/Flzhksma/status/1142076044934967297

Persoalannya, siapalah pemilik ayam tu dan macam mana dia boleh masuk dalam mall?

Nasib baik ayam tu dah berjaya ditangkap. Kalau tidak, bertambah huru-hara dibuatnya hahaha!

Semoga perkongsian ini dapat menghiburkan hari anda.

Exit mobile version