Kerajaan negeri Kelantan turut diundang ke Rumah Terbuka Malaysia Madani, kata Menteri Besar Ahmad Yaakob.

PETALING JAYA: Kerajaan Kelantan turut menerima penganjuran majlis rumah terbuka bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang bakal dianjurkan di negeri itu.
Menteri Besar Ahmad Yaakob berkata, pihaknya menerima surat daripada kerajaan persekutuan mengenai keputusan penganjuran majlis di Kota Bharu dan tiada halangan terhadap perkara tersebut.
“Kita menerima surat serta tiada halangan, sebaliknya bersetuju kerana persiapan dibuat oleh kerajaan persekutuan dan kita dijemput bersama,” katanya lapor Berita Harian.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan kemungkinan program majlis terbuka bakal dilancarkan di tiga negeri PAS termasuk Kedah ada kaitan dengan pilihan raya negeri akan datang.
“Kiranya penganjuran ini membabitkan enam negeri yang belum ada PRN. Mungkin ada tujuan, terpulang atas dia, kita tidak boleh jangka.
“Kita sebagai kerajaan negeri, terimalah…