Site icon Hot FM

Kelantan ‘ketinggalan’ kerana banding dengan KL, kata Mohd Amar


Mohd Amar Nik Abdullah berkata Kelantan sepatutnya dibandingkan dengan negeri setara seperti Pahang dan Negeri Sembilan.

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan Kelantan dilihat ketinggalan kerana kemajuannya hanya dibandingkan dengan Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Naib presiden PAS itu berkata kemajuan dan pembangunan Kelantan seharusnya dibandingkan dengan negeri setara dengannya seperti Pahang dan Negeri Sembilan.

“Sepatutnya Kelantan ini dibandingkan, contohnya Pahang dan Negeri Sembilan. Kalau kita banding dengan Selangor, KL dan Pulau Pinang, semua negeri ketinggalan.

“Kita kena faham, KL adalah ibu negara, Selangor pula dekat dengan ibu negara dan Pulau Pinang sudah lama maju. Negeri ini sudah ada kemudahan infrastruktur termasuk pelabuhan, jalan raya yang baik dan lebuh raya,” katanya pada diskusi Kelantan Maju 2028 menurut Harian Metro.

Beliau menjawab dakwaan pelbagai pihak bahawa Kelantan yang ditadbir PAS selama…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version